Kemajuan Akhbar Melayu selepas 48 tahun merdeka

Selepas 40 tahun lebih merdeka, akhbar melayu hanya tinggal dua - akhbar arus perdana, Utusan dan Berita Harian. Cuba kaji berapa banyak akhbar bahasa lain berbanding dengan yang melayu. Kedua dua akhbar ini pula bersaing bukan untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu yang betul tetapi semakin hari semakin banyak bahasa pinjaman dari Inggeris dilakukan tanpa merujuk kepada peraturan penggunaan bahasa asing dalam akhbar.
Dari segi isi dan bahan berita, memang akhbar Melayu jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan akhbar bahasa Cina/Inggeris.
Dari segi bahan sensasi dan memaparkan bahan bahan unsur unsur seperti gambar disebelah, anda boleh beri markah penuh kepada akhbar melayu malaysia.
